PEMERINTAHAN KUKU BESI



Salam.


Aku budak mentah dalam photography


Hari ini,  saja berkongsi pati dan pita  minda.
Sesungguhnya aku teramatlah mentah dalam dunia baru ini. 
Terlalu banyak aspek dan ilmu yang perlu dipelajari. 

Dalam pada itu, quote dari Kuku Besi,
 "pastinya ombak dan badai menempuh perjalanan ini yang membawa kita kepada haluan kiri atau tidak berhaluan atau terus sesat dalam seni", membuat aku terfikir. 


Kemanakah hala tuju dan arus yang perlu aku selusuri? Menongkah aruskah? 
Merentas atau menyonsong aliran tipikal yang menghijau belantara?
Atau mungkin aku masih mencari  aneka ragamnya dunia seni ini? 
 Untuk aku memula langkah berhemad, memula tingkah semangat.


Benar aku tidak mahu menjadi salah seorang pembunuh seni.


Dan sebenarnya  perjalanan ini baru saja bermula.
Terlalu awal untuk menilai apakah karya aku adalah karya seorang pembunuh ataupun tinta seorang pembela. 

Ilham aliran dari tuan KUKU BESI

& this is saiemmuhammad 
                                       ...punya cara

.
Salah satu karya KUKU BESI
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=415685981282&set=a.166120471282.129871.111965761282&theater

Sorry letak photo KB dalam blog ini tanpa minta kebenaran. 
Hanya untuk rujukan semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

KARYA LAMA2... outing KL